Wednesday, December 10, 2008

Fatwa - Yoga ( JAKIM )


"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis

Monday, December 1, 2008

Fatwa - Yoga

Assalamualaikum.

Setelah lama berehat dari menulis,saya terpanggil untuk menulis pada kali ini.

Pernah suatu ketika dahulu,saya masih ingat didalam TV ada rancangan yang bertajuk Yoga.
Masa itu saya masih kecil lagi.Masih ingat lagi kata-kata pengacara rancangan tersebut.
Yoga is good for your health.

Betul ke? Saya tidak tahu samaada benar atau pun tidak sebab saya tidak pernah mempraktikkan Yoga.

Ada juga rakan-rakan Melayu yang beragama Islam yang mempraktikkan Yoga tetapi saya tidak mahu ambil berat sebab saya memang tahu ianya adalah dari ajaran dari India dan ada kena mengena dengan Agama Hindu.

Sekarang ini isu berkenaan Yoga hangat diperkatakan terutamanya selepas keluarnya Fatwa yang mengatakan bahawa Yoga itu HARAM dipratikkan oleh orang-orang yang beragama ISLAM.

Tetapi amat menyedihkan sekali,ada orang Islam yang mempertikaikan Fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang anggota-anggotanya adalah dikalangan oleh orang-orang yang arif tentang Agama ISLAM.

Kalau orang-orang ISLAM sendiri mempertikaikan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan,dengan siapa orang-orang ISLAM perlu mempercayai hal-hal sebegini.

Kebetulan pula Presiden MIC Dato' Sri Samy Vellu pula ingin berjumpa dengan Perdana Menteri ingin penjelasan yang lebih terperinci kenapa Yoga adalah Haram kepada umat Islam.

Kenapa beliau sibuk sangat pasal Agama Islam pula? Fatwa ini adalah untuk Umat Islam dan TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN AGAMA DIA.

Beliau sengaja hendak menjadi Jaguh untuk kaum dia.

Disini,saya amat berharap PM tidak melayan kerenah orang-orang seperti ini.

Sekian.

Panglima Perang

Diambil dari Blog saya yang terdahulu.

Terbaca didalam sebuah blog sahabat saya 3 hari lepas berkenaan dgn Pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ibarat memilih Panglima Perang untuk PRU 13.

Saya bersetuju dengan pendangan beliau tetapi apa yang ditulis oleh beliau telah saya komen tetapi sayang beliau tidak menyiarkan pandangan saya didalam blog beliau.Mungkin beliau sibuk atau terlepas pandang tentang komen saya.

Apa yang saya komen adalah berkenaan dengan satu para iaitu "Wang ringgit kali ini tidak boleh diambil kira untuk kita memilih pemimpin, sekiranya golongan muda masih lagi memilih pemimpin hanya berdasarkan wang ringgit, nescaya kita tidak akan memperolehi Panglima perang yang kuat dan membela UMNO pada PRU13." ( Dengan Izin saudara R )

Komen saya pada ketika itu adalah ianya adalah sama dengan politik wang.Politik wang pandangan saya adalah amat menjijikkan kerana saya sendiri mengalaminya.

Pada masa kini,trend untuk pemilihan pemimpin adalah berlainan sama sekali.Kawan atau sahabat yang kita kenal dari kecil hingga dewasa tidak boleh menentukan samada meraka boleh memilih kita sebagai pemimpin.

Kerja atau komitmen kita kepada parti selama ini tidak akan diambil kira.
Kepimpinan dan keikhlasan untuk berjuang tidak lagi menjadi kriteria untuk memilih pemimpin terutamanya di peringkat cawangan dan bahagian.

Kita menawarkan diri untuk menjadi calon untuk berkhidmat untuk ahli-ahli secara ikhlas.Tetapi perwakilan sekarang ini sudah terbalik pemikiran mereka, meraka akan bertanya berapa meraka boleh dapat kalau meraka mengundi atau memilih kita sebagai pemimpin.

Tidak perlu pemimpin-pemimpin atasan berkompang atau bising tentang politik wang.

Diperingkat cawangan lagi perkara sebegini telah terjadi.

Insyaallah,saya akan menulis lagi tentang politik wang diperingkat bawahan ini.

Kepada yang mempunyai infomasi sila memberikan komen didalam blog ini.