Saturday, February 7, 2009

Meludah Ke Langit - DSAI

Kecoh betul pasal DUN di Perak.

Mana pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, sebuah negeri mempunyai dua orang Menteri Besar. Di negeri Perak sahaja yang ada. Hebat betul permainan politik orang Malaysia sekarang ini.

Satu dunia tengah sibuk dengan krisis ekonomi tetapi di Malaysia tengah sibuk berpolitik dari bulan Februari 2008.

Lepas menang di lima buah negeri semasa ke PRU 12 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) bercita-cita untuk menarik seramai mungkin Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk MELOMPAT ke pakatan meraka supaya Pak Sheikh dapat menjadi PM ikut pintu belakang.

Hari-hari didalam media berkata bahawa beliau mendapat cukup Ahli Parlimen BN akan menyebelahi beliau.

Cita-cita beliau hampir tercapai apabila dua orang Ahli Parlimen SAPP keluar dari BN dan menjadi ahli bebas di Parlimen.

Semasa dan ketika itu,SEMUANYA BOLEH sebab PR kata boleh melompat Parti.

Hendak dijadikan cerita, ADUN Bota dari BN di Perak MELOMPAT ke PKR. Boleh kata PR.

Selepas itu mulalah babak orang yang GILA KUASA jadi macam AYAM BERAK KAPUR. Terkedu sebab dua ADUN dari PKR dan seorang dari DAP keluar parti dan menjadi ahli bebas.

Si ADUN Bota masok balik kedalam UMNO. ( apa cerita ni .. main-main ke? ). Kepercayaan rakyat boleh dibuat main-main. Bahaya orang macam ini. PRU 13 kasi ajar sama dia. Kalau BN nak selamatkan kerusi DUN Bota, Jangan ambil dia jadi calon.. Kalau ambil juga.. Jahanam..

PR kata TIDAK SAH kalau menubuhkan kerajaan melalui LOMPAT Parti. Aik .. Bila BN tak boleh pulak? Bila tang dia OK saja.

Inilah perjuangan PR. Dia sahaja yang betul. BN tu semua salah.

Kepada MB Perak yang baru (Tidak Sah Kata DSAI,Karpal Singh dan sudah tentu Dato' Nizar) saya memgucapkan Tahniah diatas perlantikan Datuk ( Sultan Perak perkenankan perlantikan ).

Jagalah negeri Perak sebaik mungkin. Amanah yang diberikan jangan lah dipersiakan.

p/s: no ic saya : ******-08-**** (pasal tu ambil berat pasal Perak walaupun dibesarkan di Kuala Lumpur)

No comments:

Post a Comment