Thursday, November 20, 2008

Kuota Lagu 90:10




Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Diatas ini adalah sebahagian daripada lirik lagu "Andai Ku Tahu" nyanyian Kumpulan Ungu dari sahabat serumpun kita di Nusantara (Kepulauan Melayu).

Liriknya simple dan melodi juga agak nampak simple.Tapi itu pandangan peribadi saya iaitu seorang yang minat akan muzik.Pencipta lagu dan penulis lirik lagu tersebut mungkin sampai "pecah kepala" untuk mencipta lagu dan lirik tersebut.

Saya tidak pandai bermain apa-apa alat muzik pun tetapi saya amat berminat dengan muzik.

Berbalik kepada subjek penulisan saya ini, adakah patut Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) membuat cadangan supaya kuota lagu yang akan disiarkan di radio tempatan iaitu 90% lagu Malaysia dan 10% lagu dari Indonesia?

Saya amat tidak bersetuju sama sekali kerana demi kepentingan karyawan di Malaysia,telinga pendengar-pendengar radio di Malaysia terpaksa mendengar lagu-lagu yang tidak boleh "masok kepala" kita.

Tidak sepatutnya Karyawan membuat cadangan sebegini kerana jika sudah tahu lagu-lagu dari negara seberang lebih sedap didengar kenapa tidak pencipta-pencipta lagu dan komposer-komposer disini mencipta lagu sehebat mereka.

Saya adalah peminat setia kepada lagu-lagu dari Indonesia,tetapi saya bukan tidak suka dengar lagu-lagu Malaysia.

Komposer seperti M.Nasir,Ajai,Edry KRU sekadar menyebut beberapa nama.Lagu ciptaan meraka sedap didengar.

Saya tak tahu lah kalau orang lain.Lagu "Kuku" nyanyi Ferhad.Lagu macam tu,terus terang saya cakap memang tak boleh masok langsung ke telinga."Geli telinga" bila dengar lagu macam tu.Bila saja lagu itu disiarkan diradio,saya dengan segera akan tukar ke siaran lain,tak sanggup nak dengar lagu macam itu.Minta maaf lah saudara Ferhad.Saya tak kutuk awak.Tapi lagu "Tandus" nyanyian Ferhad juga.Sedap didengar.

Kita lupa agaknya.Kumpulan Search,Siti Nurhaliza,Iklim dan Raihan.Lagu-lagu meraka di terima baik di Indonesia.

CD juga kalau kita beli di Indonesia,harganya amat murah jika dibandingkan disini.
Kita hendak sokong artis Malaysia,beli CD original.Tapi lagu yang sedap didengar hanya 2-3 lagu sahaja.Ianya satu pembaziran.

Akhir kata ,Kami orang-orang Malaysia hendak dengar lagu-lagu yang berkualiti tidak kira dari negara mana pun asalnya lagu-lagu tersebut.

Kesimpulannya disini,tidak perlu lah Karyawan meminta kerajaan untuk melaksanakan kuota 90:10 untuk lagu dari Malaysia dan Indonesia.

Kalau hendak juga kuota tersebut,minta kerajaan sedia channel radio yang baru.Namakan channel tersebut 90:10 FM.

Tuesday, November 18, 2008

Kenaikan dan Penurunan Harga Barang

Terpanggil untuk menulis tajuk ini sudah lama saya fikirkan.Cuma masa tidak mengizinkan saya untuk menulis tajuk sebegini.

Setelah surat khabar melaporkan bahawa kedai-kedai makan terutama kedai India Muslim yang lebih dikenali sebagai Kedai Mamak akan menurunkan dah juga sudah menurunkan harga makanan seperti teh tarik dan roti canai dan nasi kandar.

Saya terfikir kenapa hanya kedai-kedai makan sebegini sahaja diberikan tumpuan untuk penurunan harga.

Apakah restoran-restoran besar,restoran makanan segera dan hotel-hotel tidak diberikan tumpuan untuk penurunan harga makanan?

Kalau kedai mamak,naik harga RM0.10,kecoh satu Malaysia kerana mamak menaikkan harga minuman sedang satu tin susu naik hanya RM0.20.

Tetapi bila restoran makanan segera menaikkan harga tanpa pengetahuan pengguna,tiada siapa pun bising.Pengguna-pengguna hanya merungut kepada rakan-rakan dengan mengatakan harga makanan di restoran makanan segera telah naik.

Jadi disini kesilapan kita sebagai pengguna hanya nampak kenaikan atau penurunan harga barang makanan hanya kepada restoran-restoran yang untungnya tidak sebesar restoran-restoran makanan segera dan hotel-hotel.

Saya akan menulis lagi tentang isu-isu ini pada akan datang selepas mendapat komen dari rakan-rakan.

P/S : Alhamdullilah.Harga petrol sudah turun.Kerajaan menepati janji-janji iaitu akan menurunkan harga bahan api jika harga pasaran antarabangsa turun.

Monday, November 17, 2008

Menaikkan Sewa PPR

Hari ni 17 November 2008 pukul 12.03pm,menerima kiriman sms dari seorang sahabat iaitu seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang baru terpilih.

Sms dia begini " PKR menaikkan sewa PPR kpd RM250,dahulu hanya RM124, air mereka potong hanya RM9 ... Inilah dikatakan kerajaan kebajikan ... ckp tak serupa bikin ... ".

Saya balas balik sms tersebut dgn mengatakan " Org UMNO pun ada jugak yg ckp tak serupa bikin. Dah dpt kuasa mcm2 boleh jadi ".

Saya membalas sms tersebut bukan kerana saya adalah penyokong PKR. Saya adalah ahli UMNO yg merupakan juga seorang Ketua Pemuda UMNO Cawangan.

Tetapi apa yang saya maksudkan disini adalah apabila seseorang itu atau parti itu mempunyai kuasa, mereka berkuasa untuk membuat apa-apa sahaja tanpa perlu untuk memikirkan masalah yang dihadapi oleh rakyat biasa.

Bila rakyat bising atau protes baru lah mereka dengan kelam kabut atau dengan rasa tidak bersalah untuk memperbetulkan keadaan. Tetapi ada juga yang tidak ambil peduli walaupun rakyat protes.

Jadi harapan saya disini adalah saya berharap pemimpin-pemimpin tidak kira peringkat tertinggi atau sekadar pemimpin rendah, apabila ingin membuat sesuatu keputusan perlu lah mengambil kira perasaan akar umbi.

Gaya hidup kami dibawah sini tidak sama dengan gaya hidup kamu diatas.

Minyak naik kami merana. Kamu diatas minyak kalau naik tidak terasa kerana serba seri ditanggung atau boleh claim kembali.

Kepada pemimpin kerajaan sekarang,cuba jangan cari kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan PR.

Cuba cari cara untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat.

Kalau mencari kesalahan bermakna kamu semua tidak ubah seperti mereka ketika mereka menjadi pembangkang suatu ketika dulu.

Pendapat Keluarga






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah saya mempunyai blog sendiri iaitu hantamsajerlahlabu@blogspot.com , saya mendapat maklum balas yang positif dari isteri dan rakan-rakan.

Tetapi mereka merasakan adalah lebih baik saya menggunakan nama saya sendiri untuk blog tersebut.

Oleh itu pada hari ni 17 Nov 2008, saya create satu lagi blog iaitu dengan menggunakan nama saya sendiri.

Insyaallah selepas ini saya akan menggunakan blog address ini untuk saya menulis.

Salam Ikhlas dari saya.

Muhammad Anuar @ Sham Mohd Shariff.
http://hantamsajerlahlabu.blogspot.com