Thursday, November 20, 2008

Kuota Lagu 90:10




Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Diatas ini adalah sebahagian daripada lirik lagu "Andai Ku Tahu" nyanyian Kumpulan Ungu dari sahabat serumpun kita di Nusantara (Kepulauan Melayu).

Liriknya simple dan melodi juga agak nampak simple.Tapi itu pandangan peribadi saya iaitu seorang yang minat akan muzik.Pencipta lagu dan penulis lirik lagu tersebut mungkin sampai "pecah kepala" untuk mencipta lagu dan lirik tersebut.

Saya tidak pandai bermain apa-apa alat muzik pun tetapi saya amat berminat dengan muzik.

Berbalik kepada subjek penulisan saya ini, adakah patut Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) membuat cadangan supaya kuota lagu yang akan disiarkan di radio tempatan iaitu 90% lagu Malaysia dan 10% lagu dari Indonesia?

Saya amat tidak bersetuju sama sekali kerana demi kepentingan karyawan di Malaysia,telinga pendengar-pendengar radio di Malaysia terpaksa mendengar lagu-lagu yang tidak boleh "masok kepala" kita.

Tidak sepatutnya Karyawan membuat cadangan sebegini kerana jika sudah tahu lagu-lagu dari negara seberang lebih sedap didengar kenapa tidak pencipta-pencipta lagu dan komposer-komposer disini mencipta lagu sehebat mereka.

Saya adalah peminat setia kepada lagu-lagu dari Indonesia,tetapi saya bukan tidak suka dengar lagu-lagu Malaysia.

Komposer seperti M.Nasir,Ajai,Edry KRU sekadar menyebut beberapa nama.Lagu ciptaan meraka sedap didengar.

Saya tak tahu lah kalau orang lain.Lagu "Kuku" nyanyi Ferhad.Lagu macam tu,terus terang saya cakap memang tak boleh masok langsung ke telinga."Geli telinga" bila dengar lagu macam tu.Bila saja lagu itu disiarkan diradio,saya dengan segera akan tukar ke siaran lain,tak sanggup nak dengar lagu macam itu.Minta maaf lah saudara Ferhad.Saya tak kutuk awak.Tapi lagu "Tandus" nyanyian Ferhad juga.Sedap didengar.

Kita lupa agaknya.Kumpulan Search,Siti Nurhaliza,Iklim dan Raihan.Lagu-lagu meraka di terima baik di Indonesia.

CD juga kalau kita beli di Indonesia,harganya amat murah jika dibandingkan disini.
Kita hendak sokong artis Malaysia,beli CD original.Tapi lagu yang sedap didengar hanya 2-3 lagu sahaja.Ianya satu pembaziran.

Akhir kata ,Kami orang-orang Malaysia hendak dengar lagu-lagu yang berkualiti tidak kira dari negara mana pun asalnya lagu-lagu tersebut.

Kesimpulannya disini,tidak perlu lah Karyawan meminta kerajaan untuk melaksanakan kuota 90:10 untuk lagu dari Malaysia dan Indonesia.

Kalau hendak juga kuota tersebut,minta kerajaan sedia channel radio yang baru.Namakan channel tersebut 90:10 FM.

No comments:

Post a Comment