Saturday, January 31, 2009

Perlukah Pemilihan UMNO Diadakan Semula?

Sembang-sembang biasa dengan sahabat-sahabat yang yang tiada apa-apa kepentingan politik tempohari di Island Red Cafe' , Pandan Indah.

Mereka mengambil tahu tentang perkembangan terbaru tentang politik semasa negara melalui surat khabar, tv dan sudah tentu melalui blog-blog yang ada.

Saya terpaksa menepis dan mempertahankan tohmahan-tohmahan yang meraka lontarkan kepada saya. Saya tetap mempertahankan UMNO kerana saya adalah ahli UMNO.

Apa guna kalau jadi ahli UMNO jika kita sendiri memperlekehkan parti kita sendiri.

Tetapi ada satu yang menarik minat saya semasa perbincangan tersebut adalah tentang soal siasatan tentang politik wang.

Mereka bertanya kenapa saya " Kenapa tidak UMNO adakan semula pemilihan parti dari peringkat cawangan semula jika politik wang semakin parah sehinggan membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah?".

Saya fikir "kenapa tidak"? Bukan kerana ada kepentingan peribadi. Sebab meraka mengatakan memang patut diadakan semula dari peringkat bawah kerana apa yang meraka baca didalam blog dan surat khabar keadaannya agak parah.

Tapi masalah disini bolehkan pemilihan semula diadakan?

Saya rasa tidak boleh. Hanya MT sahaja yang boleh membuat keputusan ini.

Mesti ada yang seronok atau tidak seronok bila pemilihan semula diadakan.

Tapi jika begitu serius lah politik wang seperti yang diperkatakan, saya rasa eloklah jika pemilihan semula diadakan.

Labu Oh Labu

Akhirnya surat khabar hari di muka depan NST " LCCT East @ Labu as good as off".

Terima Kasih Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak kerana MENASIHATI CEO AirAsia Dato' Seri Tony Fernandez.

Akhirnya "Biarkan AirAsia, Sime Darby dan Tony Fernandez Terjun Dengan Labunya"

Hantam Sajer Lah Baru .... ( Blog address saya yang dulu ).

QUOTE FROM HITLER'S PERSONAL DIARY

" I Could Have Annihilated All The Jew In The World, But I Left Some Of Them So You Will Know Why I Was Killing Them "

Signed Adolf Hitler

Saturday, January 24, 2009

Pilihanraya Kecil atau Kempen Pemilihan UMNO

Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu telah selesai.

Barisan Nasional (BN) atau UMNO telah tewas dengan Pakatan Rakyat (PR) atau PAS.

Satu tamparan yang hebat untuk UMNO dan BN kerana kehilangan lagi satu kerusi di Parlimen.

Dato' Seri Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan rakan-rakan sewaktu dengannya mendabik dada dengan kemenangan tersebut. Dato' Nik Aziz dan Dato' Abdul Hadi Awang tenang. Tidak nampak keriakan mereka berdua tentang kemenangan PAS di KT.

Siapa-siapa pun yang menang dalam PRK tersebut pasti akan mendabik dada.Tidak perlu lah kita hendak marah atau kecewa.

Tetapi apa yang hendak saya tulis disini adalah bukan kerana kemenangan PAS tetapi ada berkenaan dengan ORANG-ORANG UMNO yang berkampung di Kuala Trengganu tempohari.

Benar ke yang ramai-ramai orang UMNO kesana untuk berkempen untuk BN???? atau pun yang sebenarnya meraka ke sana adalah untuk berkempen untuk diri sendiri atau untuk calon-calon yang mereka bawa?? atau pun sekadar makan angin .. sekali-sekala ke KT kan .. Jalan-jalan lah .. shopping batik ke .. telur penyu ke?? janji balik dari KT boleh bawa buah tangan untuk isteri atau buah hati masing-masing.

Tetapi kenyataan ini mungkin akan membuatkan ada orang terasa,tetapi saya tak peduli lah semua tu sebab demi sayangkan UMNO saya kena tulis juga demi kebenaran.

Orang-orang UMNO ni memang suka dinyanyikan (bukan nyanyi betul..maksudnya suka kena kipas dan dipuji melambung). Kita tak boleh kritik sebab kalau kita kritik nanti kita kena pangkah(bukan pangkah dalam kertas undi) kena pangkah tu macam kena cantas lah lebih kurang.(Orang UMNO paham lah maksud cantas ni).

Semasa di KT tempohari, ramai giler (bukan orang gila) orang UMNO kesana. Tapi ada jugak orang gila kat sana.. orang yg gila kuasa dan gila pangkat.Orang KT kata buat menyemak je dorang kesana. Meraka kesana bukannya nak berkempan sangat utk calon BN tu (kesian Wan Farid) tetapi sebenarnya nak berkempen untuk diri sendiri dan untuk calon-calon lain. Ramai perwakilan tu masa kat KT tu.

Apa yang saya dapat tahu,Pemuda-pemuda yang kesana yang buat kerja untuk PRK tu tak lah ramai sangat. Tahniah kepada yang bekerja untuk parti walaupun kalah tapi jasa kamu semua akan dikenang. Yang ramai-ramai kesana hanya untuk berkempen. Nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia lah.. Yang nak jadi exco ni yang hebat-hebat belaka. Duduk kat hotel,pakai smart komain,bawa kereta hebat-hebat,nak tunjuk kemampuan lah tu.

Masih tak sedar lagi ke? Dah kena teruk masa PRU 12 tu. Lagi nak megah-megah ke? Memang patut lah kalah kat KT tu sebab perangai-perangai orang macam ni masih lagi ada dalam UMNO.

Kita patut ucapkan tahniah dan terima kasih kepada perwakilan-perwakilan cawangan yang memilih Ketua Pemuda dan mencalonkan calon-calon seperti ini.Menyesal dah tak berguna. Tanggung lah lagi satu penggal.Kalau tidak diperbetulkan dari sekarang alamatnya PRU 13 . Say Good bye to UMNO and BN.

Pengundi-pengundi muda masih lagi memilih pembangkang. Itu jawapannya di KT. Kita jangan cakap pasal pengundi-pengundi Cina tak mengundi BN. Meraka tak ramai sangat. Yang ramai pengundi Melayu. Apa yang Pemuda UMNO buat kat sana?

Kalau cakap pasal Puteri pun nak lebih kurang sama lah. Yang ni kes lain sikit, datang sana nak carik jodoh ke apa ntah lah. Melawa bukan main lagi. Tunjuk muka dan nak tunjuk vogue kat sana. Tapi ada juga yang ikhlas untuk berjuang demi parti. Tahniah dan syabas untuk anda benar-benar bekerja untuk parti.

Dulu Wanita memang hardcore untuk mengundi BN.Sekarang ini trend dah bertukar.Sentimental value untuk meraka mengundi BN dah tak ada. Meraka dah meluat dengan perangai orang UMNO.

Maaf sekiranya apa yang saya tulis ini menyinggung perasaan sesiapa pun tetapi ini adalah kenyataan.

Saya tidak mahu nanti masa akan datang,anak-anak dan cucu-cucu saya hanya tahu kewujudan UMNO hanya didalam buku sejarah.

Sayanglah UMNO.

UMNO ... Dulu, Kini dan Insyaallah Selama-lamanya.

Kerajaan Pakatan Rakyat

Setelah mendapat kemenangan besar di lima buah negeri,kerajaan baru campuran dikalangan parti-parti iaitu PAS,PKR dan DAP telah bersungguh-sungguh untuk menunjukkan meraka adalah lebih baik dan lebih pandai mentadbir kerajaan negeri masing-masing berbanding dengan kerajaan BN sebelumnya.

Hampir setahun selepas PRU ke 12. Adakah mereka benar-benar bagus? Persolannya sekarang,adakah adil untuk kita membezakan "performance" meraka yang hanya baru 10 bulan mentadbir (kecuali Kelantan) dengan "performance" kerajaan BN yang mentadbir negari sebelum ini?

Tetapi baru 10 bulan mentadbir,pelbagai masalah yang sudah diketahui.Antaranya ialah :-
1. Isu pembelian kereta untuk Menteri Besar dan exco-exco.
2. Pemberian tanah untuk 999 tahun
3. Pemilihan Ketua Kampung
4. Pemberian Lembu untuk korban dan sebagainya.

Saya ingin komen dari pembaca-pembaca blog saya. Insyaallah saya tidak akan tapis (edit) komen-komen pembaca. Dan saya siarkan semuanya untuk tatapan pembaca-pembaca yang lain.

Kembali Menulis

23 Januari 2009, selepas selesai pengebumian Allahyarham Azhar sebelum solat jumaat,saya bersama-sama Abang Ahmad Rosli,Saha Esa (Naib Ketua Pemuda Caw KEP) dan Bro Mat Diah minum di BRJ Kuchai Lama.

Topik yang kami berbincang dan berdebat adalah berkenaan isu-isu semasa seperti :-

1. Kemalangan Langgar Lari Allahyarham Azhar

2. Isu Palestin
3. Kekalahan BN di Kuala Trengganu dan
4. Perang saraf melalui Blog.

Abang Rosli telah "membelasah" saya kerana saya tidak mengemas kini kan blog saya sendiri. Kerana mengikut kata beliau, telah mempromosikan blog saya kepada rakan-rakan di tempat kerja tetapi bila meraka masok ke blog saya tiada apa-apa yang terbaru.

Selepas ditegor pada hari tersebut,saya tersedar dan memgambil inisiatif untuk kembali menulis.

Terima kasih bro Rosli.

Azhar Dalam Kenangan

Semalam 23 Januari 2009, menghadiri pengebumian sahabat saya Norazhar yang telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan (langgar lari) di NPE. Beliau meninggal kan seorang balu dan seorang anak.Isteri beliau sekarang ini sedang hamil empat 4 bulan. Takziah untuk keluarga beliau. Diharap pihak berkuasa dapat memberkas manusia yang tidak bertanggungjawap ini dan dibicarakan.

Beliau telah dilanggar oleh sebuah lori (saspek) pada jam lebih kurang 1-2pm pada 22 Januari 2009.

Bekerja di Bank Negara dan sedang bercuti untuk menyambung kan pelajaran di UNITAR.

Semoga Allah S.W.T nencucuri rahamat ke atas rohnya.

Alfatihah.