Sembang-sembang biasa dengan sahabat-sahabat yang yang tiada apa-apa kepentingan politik tempohari di Island Red Cafe' , Pandan Indah.
Mereka mengambil tahu tentang perkembangan terbaru tentang politik semasa negara melalui surat khabar, tv dan sudah tentu melalui blog-blog yang ada.
Saya terpaksa menepis dan mempertahankan tohmahan-tohmahan yang meraka lontarkan kepada saya. Saya tetap mempertahankan UMNO kerana saya adalah ahli UMNO.
Apa guna kalau jadi ahli UMNO jika kita sendiri memperlekehkan parti kita sendiri.
Tetapi ada satu yang menarik minat saya semasa perbincangan tersebut adalah tentang soal siasatan tentang politik wang.
Mereka bertanya kenapa saya " Kenapa tidak UMNO adakan semula pemilihan parti dari peringkat cawangan semula jika politik wang semakin parah sehinggan membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah?".
Saya fikir "kenapa tidak"? Bukan kerana ada kepentingan peribadi. Sebab meraka mengatakan memang patut diadakan semula dari peringkat bawah kerana apa yang meraka baca didalam blog dan surat khabar keadaannya agak parah.
Tapi masalah disini bolehkan pemilihan semula diadakan?
Saya rasa tidak boleh. Hanya MT sahaja yang boleh membuat keputusan ini.
Mesti ada yang seronok atau tidak seronok bila pemilihan semula diadakan.
Tapi jika begitu serius lah politik wang seperti yang diperkatakan, saya rasa eloklah jika pemilihan semula diadakan.
Salam Setiakawan...
ReplyDeleteSaya berharap saudara shamanuar dapat sertai kami di ProKJ Fan Club http://chatroll.com/prokj-fan-club
disana kita boleh berkenal dgn lebih ramai lagi penyokong yang menyokong kepimpinan YB KJ...
Salam Perjuangan
BJ
salam en sham...
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengunjunggi prokj fan club
Maaf saya terlambat td kerana ada urusan sedikit di luar... skrg saya ada di chatroll...