Wednesday, February 18, 2009

Pakatan Rakyat Mulakan Perang???

Laporan dari Malaysiakini.com -> Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini (18 Feb 2009).

HEBAT.. Sungguh Hebat Speaker DUN V Sivakumar. Pertama kali mempunyai kuasa selepas PRU12 sudah berani membuat keputusan sebegini.

Secara tidak langsung Speaker dan juga Pakatan Rakyat telah mengingkari Sultan Perak.

Mereka memang sengaja untuk menguji kesabaran Sultan Perak.

Apa yang meraka mahu sekarang adalah Pilihanraya Kecil Seluruh Negeri Perak.

Memang kurang ajar dan Derhaka orang-orang macam ini.

Dasar Penderhaka.

Pertama kali dalam sejarah politik negara MB dan Exco nya digantung.

INILAH DIA KALAU PENYOKONG PAKATAN RAKYAT HENDAK TAHU. BAGAIKAN KERA MENDAPAT BUNGA. DASAR PEMIMPIN GILA KUASA DAN TIDAK TAHU MENGGUNAKAN KUASA DAN SALAH GUNA KUASA.

BRAVO ..BRAVO .. KEPADA MELAYU PERAK YANG MEMILIH MERAKA PADA PRU12.


PKR ini telah membuktikan kepada rakyat semua bahawa meraka tidak akan mendengar pandangan orang lain selain dari DSAI.

Cuma kita ingat kembali semasa arahan bekas MB (Dato' Seri Nizar) supaya tidak diadakan pemilihan ketua kampung baru. Tetapi PKR tetap meneruskan pemilihan tersebut.
Sombong betul PKR ni.

Apa-apa sahaja yang mereka buat semuanya boleh. Tetapi kalau orang lain buat terutamanya BN tidak boleh.

Baru 11 bulan berkuasa bermacam-macam masalah sudah timbul.

Rasanya lah kalau PKR yang memimpin Malaysia ini - SENDIRI MAU INGAT LAH-

Saturday, February 14, 2009

Bila Akan Selesai Lapuran Polis Dan Perhimpunan.

Hari ini Feb 2009 (Valentine's Day) , saya tak celebrate sebab ianya bukan budaya orang Melayu dan penting sekali tiada dalam ajaran agama Islam.

Karpal Singh membuat kenyataan PR akan menyaman Sultan Perak. Kalau tak silap saya lah,kenyataan yang dibuat adalah "PR akan menyaman Sultan Perak" tetapi bukan "Saya yang bernama Karpal Singh akan menyaman Sultan Perak" . Maaf kalau saya tersilap.

Tetapi akhir-akhir ini apa yang saya lihat Pergerakan Pemuda UMNO semakin naik "giler" dengan setiap hari bila buka surat khabar yang tajuk berita ditulis " Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bla Bla membuat laporan polis terhadap YB Karpal Singh" " Lagi Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap Karpal" . Lebih dari 60 lapuran polis sudah dibuat. Berapa banyak laporan polis perlu dibuat jika polis ingin mengambil tindakan terhadap YB Karpal?

Selepas itu tidak puas hati dengan laporan polis, berhimpum didepan ofis dan rumah YB Karpal. Apa cerita ni, dulu kutuk bila PR berhimpun bila berlakunya sesuatu isu tetapi sekarang Pemuda UMNO juga sudah mengikut jejak PR. Dah sama nampaknya Pemuda UMNO dengan PR ni.

Sebenarnya disini apa yang saya lihat. Pemuda UMNO yang ghairah sangat buat laporan polis dan berhimpun termasok CALON-CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA sebenarnya mempunyai agenda lain iaitu meraka ini hendak menjadi HERO lah kononnya.

Kalau nak tahu apa sebab sebenarnya meraka ini nak menjadi hero ialah kerana meraka akan bertanding dalam pemilihan UMNO pada 24-28 Mac 2009, ada yang jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan ada yang menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Ramai sebenarnya calon-calon yang nak bertanding EXCO ini yang perasan yang meraka ni HEBAT tetapi pada hakikatnya TAK LAYAK dan POYO lebih.. Tak ukur baju dibadan sendiri.

Kepada calon-calon semua tidak kira Calon Ketua Pemuda ke Naib ke atau EXCO, kita ini sekarang mengalami kemelesetan ekonomi (tetapi ada Calon yang tidak terasa meleset sebab sentiasa masyuk) jadi tolong lah gunakan KEPANDAIAN KAMU semua untuk duduk berbincang tidak kira dimana-mana lah,bagaimana caranya untuk membantu kerajaan untuk memberi pandangan dan idea supaya ekonomi negara keluar dari kemelesetan.

Cukup-cukup lah berhimpun kerana tak ada faedahnya dan cukup-cukup lah buat laporan polis itu sebab PDRM kita buat SATU jer laporan meraka akan bertindak segera dan sebaik mungkin.

CUKUP-CUKUP LAH NAK CARI PUBLISITI MURAHAN DENGAN MEMBUAT LAPORAN POLIS KEMUDIAN PANGGIL MEDIA UNTUK BUAT SIDANG AKHBAR.ITU SEMUA TAKTIK LAMA LAH.ORANG SEMUA DAH MENYAMPAH NAK TENGOK. LEPAS ITU BILA BUAT SIDANG MEDIA BERDIRI LAH RAMAI-RAMAI AJK KE PAK PACAK ENTAH MANA-MANA DAPAT BERDIRI BELAKANG KETUA PEMUDA DENGAN TANGAN KETUA PEMUDA PEGANG LAPORAN POLIS TUNJUK KAT KAMERAMAN (saya pasti pembaca boleh bayangkan macam mana kan).

Malu lah tengok perangai orang-orang UMNO macam ini.

Saturday, February 7, 2009

Meludah Ke Langit - DSAI

Kecoh betul pasal DUN di Perak.

Mana pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, sebuah negeri mempunyai dua orang Menteri Besar. Di negeri Perak sahaja yang ada. Hebat betul permainan politik orang Malaysia sekarang ini.

Satu dunia tengah sibuk dengan krisis ekonomi tetapi di Malaysia tengah sibuk berpolitik dari bulan Februari 2008.

Lepas menang di lima buah negeri semasa ke PRU 12 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) bercita-cita untuk menarik seramai mungkin Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk MELOMPAT ke pakatan meraka supaya Pak Sheikh dapat menjadi PM ikut pintu belakang.

Hari-hari didalam media berkata bahawa beliau mendapat cukup Ahli Parlimen BN akan menyebelahi beliau.

Cita-cita beliau hampir tercapai apabila dua orang Ahli Parlimen SAPP keluar dari BN dan menjadi ahli bebas di Parlimen.

Semasa dan ketika itu,SEMUANYA BOLEH sebab PR kata boleh melompat Parti.

Hendak dijadikan cerita, ADUN Bota dari BN di Perak MELOMPAT ke PKR. Boleh kata PR.

Selepas itu mulalah babak orang yang GILA KUASA jadi macam AYAM BERAK KAPUR. Terkedu sebab dua ADUN dari PKR dan seorang dari DAP keluar parti dan menjadi ahli bebas.

Si ADUN Bota masok balik kedalam UMNO. ( apa cerita ni .. main-main ke? ). Kepercayaan rakyat boleh dibuat main-main. Bahaya orang macam ini. PRU 13 kasi ajar sama dia. Kalau BN nak selamatkan kerusi DUN Bota, Jangan ambil dia jadi calon.. Kalau ambil juga.. Jahanam..

PR kata TIDAK SAH kalau menubuhkan kerajaan melalui LOMPAT Parti. Aik .. Bila BN tak boleh pulak? Bila tang dia OK saja.

Inilah perjuangan PR. Dia sahaja yang betul. BN tu semua salah.

Kepada MB Perak yang baru (Tidak Sah Kata DSAI,Karpal Singh dan sudah tentu Dato' Nizar) saya memgucapkan Tahniah diatas perlantikan Datuk ( Sultan Perak perkenankan perlantikan ).

Jagalah negeri Perak sebaik mungkin. Amanah yang diberikan jangan lah dipersiakan.

p/s: no ic saya : ******-08-**** (pasal tu ambil berat pasal Perak walaupun dibesarkan di Kuala Lumpur)