Hari ini Feb 2009 (Valentine's Day) , saya tak celebrate sebab ianya bukan budaya orang Melayu dan penting sekali tiada dalam ajaran agama Islam.
Karpal Singh membuat kenyataan PR akan menyaman Sultan Perak. Kalau tak silap saya lah,kenyataan yang dibuat adalah "PR akan menyaman Sultan Perak" tetapi bukan "Saya yang bernama Karpal Singh akan menyaman Sultan Perak" . Maaf kalau saya tersilap.
Tetapi akhir-akhir ini apa yang saya lihat Pergerakan Pemuda UMNO semakin naik "giler" dengan setiap hari bila buka surat khabar yang tajuk berita ditulis " Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bla Bla membuat laporan polis terhadap YB Karpal Singh" " Lagi Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap Karpal" . Lebih dari 60 lapuran polis sudah dibuat. Berapa banyak laporan polis perlu dibuat jika polis ingin mengambil tindakan terhadap YB Karpal?
Selepas itu tidak puas hati dengan laporan polis, berhimpum didepan ofis dan rumah YB Karpal. Apa cerita ni, dulu kutuk bila PR berhimpun bila berlakunya sesuatu isu tetapi sekarang Pemuda UMNO juga sudah mengikut jejak PR. Dah sama nampaknya Pemuda UMNO dengan PR ni.
Sebenarnya disini apa yang saya lihat. Pemuda UMNO yang ghairah sangat buat laporan polis dan berhimpun termasok CALON-CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA sebenarnya mempunyai agenda lain iaitu meraka ini hendak menjadi HERO lah kononnya.
Kalau nak tahu apa sebab sebenarnya meraka ini nak menjadi hero ialah kerana meraka akan bertanding dalam pemilihan UMNO pada 24-28 Mac 2009, ada yang jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan ada yang menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Ramai sebenarnya calon-calon yang nak bertanding EXCO ini yang perasan yang meraka ni HEBAT tetapi pada hakikatnya TAK LAYAK dan POYO lebih.. Tak ukur baju dibadan sendiri.
Kepada calon-calon semua tidak kira Calon Ketua Pemuda ke Naib ke atau EXCO, kita ini sekarang mengalami kemelesetan ekonomi (tetapi ada Calon yang tidak terasa meleset sebab sentiasa masyuk) jadi tolong lah gunakan KEPANDAIAN KAMU semua untuk duduk berbincang tidak kira dimana-mana lah,bagaimana caranya untuk membantu kerajaan untuk memberi pandangan dan idea supaya ekonomi negara keluar dari kemelesetan.
Cukup-cukup lah berhimpun kerana tak ada faedahnya dan cukup-cukup lah buat laporan polis itu sebab PDRM kita buat SATU jer laporan meraka akan bertindak segera dan sebaik mungkin.
CUKUP-CUKUP LAH NAK CARI PUBLISITI MURAHAN DENGAN MEMBUAT LAPORAN POLIS KEMUDIAN PANGGIL MEDIA UNTUK BUAT SIDANG AKHBAR.ITU SEMUA TAKTIK LAMA LAH.ORANG SEMUA DAH MENYAMPAH NAK TENGOK. LEPAS ITU BILA BUAT SIDANG MEDIA BERDIRI LAH RAMAI-RAMAI AJK KE PAK PACAK ENTAH MANA-MANA DAPAT BERDIRI BELAKANG KETUA PEMUDA DENGAN TANGAN KETUA PEMUDA PEGANG LAPORAN POLIS TUNJUK KAT KAMERAMAN (saya pasti pembaca boleh bayangkan macam mana kan).
Malu lah tengok perangai orang-orang UMNO macam ini.
No comments:
Post a Comment