Saturday, January 24, 2009

Pilihanraya Kecil atau Kempen Pemilihan UMNO

Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu telah selesai.

Barisan Nasional (BN) atau UMNO telah tewas dengan Pakatan Rakyat (PR) atau PAS.

Satu tamparan yang hebat untuk UMNO dan BN kerana kehilangan lagi satu kerusi di Parlimen.

Dato' Seri Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan rakan-rakan sewaktu dengannya mendabik dada dengan kemenangan tersebut. Dato' Nik Aziz dan Dato' Abdul Hadi Awang tenang. Tidak nampak keriakan mereka berdua tentang kemenangan PAS di KT.

Siapa-siapa pun yang menang dalam PRK tersebut pasti akan mendabik dada.Tidak perlu lah kita hendak marah atau kecewa.

Tetapi apa yang hendak saya tulis disini adalah bukan kerana kemenangan PAS tetapi ada berkenaan dengan ORANG-ORANG UMNO yang berkampung di Kuala Trengganu tempohari.

Benar ke yang ramai-ramai orang UMNO kesana untuk berkempen untuk BN???? atau pun yang sebenarnya meraka ke sana adalah untuk berkempen untuk diri sendiri atau untuk calon-calon yang mereka bawa?? atau pun sekadar makan angin .. sekali-sekala ke KT kan .. Jalan-jalan lah .. shopping batik ke .. telur penyu ke?? janji balik dari KT boleh bawa buah tangan untuk isteri atau buah hati masing-masing.

Tetapi kenyataan ini mungkin akan membuatkan ada orang terasa,tetapi saya tak peduli lah semua tu sebab demi sayangkan UMNO saya kena tulis juga demi kebenaran.

Orang-orang UMNO ni memang suka dinyanyikan (bukan nyanyi betul..maksudnya suka kena kipas dan dipuji melambung). Kita tak boleh kritik sebab kalau kita kritik nanti kita kena pangkah(bukan pangkah dalam kertas undi) kena pangkah tu macam kena cantas lah lebih kurang.(Orang UMNO paham lah maksud cantas ni).

Semasa di KT tempohari, ramai giler (bukan orang gila) orang UMNO kesana. Tapi ada jugak orang gila kat sana.. orang yg gila kuasa dan gila pangkat.Orang KT kata buat menyemak je dorang kesana. Meraka kesana bukannya nak berkempan sangat utk calon BN tu (kesian Wan Farid) tetapi sebenarnya nak berkempen untuk diri sendiri dan untuk calon-calon lain. Ramai perwakilan tu masa kat KT tu.

Apa yang saya dapat tahu,Pemuda-pemuda yang kesana yang buat kerja untuk PRK tu tak lah ramai sangat. Tahniah kepada yang bekerja untuk parti walaupun kalah tapi jasa kamu semua akan dikenang. Yang ramai-ramai kesana hanya untuk berkempen. Nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia lah.. Yang nak jadi exco ni yang hebat-hebat belaka. Duduk kat hotel,pakai smart komain,bawa kereta hebat-hebat,nak tunjuk kemampuan lah tu.

Masih tak sedar lagi ke? Dah kena teruk masa PRU 12 tu. Lagi nak megah-megah ke? Memang patut lah kalah kat KT tu sebab perangai-perangai orang macam ni masih lagi ada dalam UMNO.

Kita patut ucapkan tahniah dan terima kasih kepada perwakilan-perwakilan cawangan yang memilih Ketua Pemuda dan mencalonkan calon-calon seperti ini.Menyesal dah tak berguna. Tanggung lah lagi satu penggal.Kalau tidak diperbetulkan dari sekarang alamatnya PRU 13 . Say Good bye to UMNO and BN.

Pengundi-pengundi muda masih lagi memilih pembangkang. Itu jawapannya di KT. Kita jangan cakap pasal pengundi-pengundi Cina tak mengundi BN. Meraka tak ramai sangat. Yang ramai pengundi Melayu. Apa yang Pemuda UMNO buat kat sana?

Kalau cakap pasal Puteri pun nak lebih kurang sama lah. Yang ni kes lain sikit, datang sana nak carik jodoh ke apa ntah lah. Melawa bukan main lagi. Tunjuk muka dan nak tunjuk vogue kat sana. Tapi ada juga yang ikhlas untuk berjuang demi parti. Tahniah dan syabas untuk anda benar-benar bekerja untuk parti.

Dulu Wanita memang hardcore untuk mengundi BN.Sekarang ini trend dah bertukar.Sentimental value untuk meraka mengundi BN dah tak ada. Meraka dah meluat dengan perangai orang UMNO.

Maaf sekiranya apa yang saya tulis ini menyinggung perasaan sesiapa pun tetapi ini adalah kenyataan.

Saya tidak mahu nanti masa akan datang,anak-anak dan cucu-cucu saya hanya tahu kewujudan UMNO hanya didalam buku sejarah.

Sayanglah UMNO.

UMNO ... Dulu, Kini dan Insyaallah Selama-lamanya.

1 comment:

  1. Betul tu Shamanuar apa yang awak tulis.
    Pemuda UMNO yang ada sekarang ini tidak macam saya dulu.
    Pemuda UMNO sekarang hanya tahu berapa boleh dapat kalau mereka buat kerja untuk parti.
    Apa projek boleh buat kalau jadi Ketua Pemuda Bahagian.
    Bila musim pemilihan,itu lah masa untuk mereka buat duit.
    Habislah UMNO kalau macam ini.
    Teruskan usaha saudara Shamanuar untuk menceritakan hal sebenarnya demi kebaikan UMNO.

    ReplyDelete